
![]() |

masih terkenang
sebelum melangkah ke bumi perantauan
hanya beberapa menu masakan sahaja yang boleh dimasak
masih teringat usikan sedara-sedara
betul ke nak bawa rempah kari and gulai segala
sebelum ni tak pernah masak memasak ni
ermmmmmmmm
berada di bumi asing ini
banyak yang telah dipelajari
teringat pertama kali masak nasi
nasi ker bubur? yup bubur..nasi jadi bubur..gara-gara tak tahu sukatan air
tapi terus lah belajar....belajar memasak..belajar mencipta pelbagai menu masakan
hingga hari ke hari...semakin jelas meningkatnya mutu masakan..
sehingga ada yang meminta resepi....resepi?
macammana nak bagi resepi kalau semuanya hanya ramuan spontan jer...
masih teringat kata-kata sahabat...masaklah apapun....
masaklah dengan penuh rasa kasih sayang..
yup betul tu...yang penting ikhlaskan hati..
Insya-Allah rasa kasih sayang lah boleh menambah manis masakan sekiranya terkurang gula
rasa kasih sayanglah yang memasinkan masakan sekiranya terkurang cubitan garam
yang penting Kasih Sayangg...IKHLAS...
walau sesibuk dan seciput mana masa sekaran
penuhilah hak-hak ahli bait
No comments:
Post a Comment